Ikrar Integriti Korporat

5 PRINSIP ANTIRASUAH BAGI SYARIKAT-SYARIKAT DI MALAYSIA

Prinsip 1: Komitmen untuk menggalakkan nilai integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik

Prinsip 2:  Pengukuhan sIstem kawalan dalaman yang menyokong pencegahan rasuah

Prinsip 3:  Pematuhan undang-undang, polisi dan prosedur yang berkaitan dengan usaha memerangi rasuah

Prinsip 4: Pembanterasan segala bentuk gejala rasuah

Prinsip 5: Menyokong inisiatif pencegahan rasuah oleh kerajaan dan SPRM


Mengiktiraf bahawa:

Prinsip Antirasuah Bagi Syarikat-Syarikat Di Malaysia, sebagaimana ianya boleh dipinda atau disemak dari semasa ke semasa, adalah merupakan prinsip di mana organisasi/syarikat di Malaysia perlu memberikan komitmen untuk mempromosikan integriti, ketelusan dan tadbir urus terbaik dalam semua aspek operasinya;

Untuk menjalankan perniagaan yang bebas daripada rasuah, sejajar dengan Prinsip Antirasuah Bagi Syarikat-Syarikat Di Malaysia bagi menjaga kepentingan organisasi/syarikat dan pemegang sahamnya, di mana rasuah boleh memusnahkan nilai pegangan saham, menjejaskan keyakinan para pelabur dan menghalang perkembangan mampan organisasi/syarikat.


Bahawasanya kami, seluruh warga kerja SENDI MAHIR SDN BHD berikrar:-

tidak akan sama ada secara sendiri atau wakil atau melalui mana-mana ejen melakukan apa-apa kesalahan rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau Kanun Keseksaan;

tidak akan menjalankan apa-apa amalan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan atau menggalakkan mana-mana pekerja, wakil atau ejen untuk melakukan sebarang bentuk kesalahan rasuah;

akan bersama-sama dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan, agensi kawal selia dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah;

akan mendukung Prinsip Antirasuah Bagi Syarikat-Syarikat Di Malaysia dalam menjalankan perniagaan dan interaksi dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan, dan agensi Kerajaan; dan

akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menggugat integriti serta menjatuhkan imej organisasi/syarikat.

Contact

If you would like to further inquire about our services, kindly drop us an email or contact us and we will get back to you as soon as possible.


Sendi Mahir Sdn Bhd (333138-T)

No 6,8 & 10 Jalan Kapar 27/89,
Megah Industrial Park,
40400 Shah Alam, Selangor.

Tel : +603 - 5191 7388 / 7502 / 7592
Fax : +603 - 5191 0675 / +603 - 5191 9716

General : enquiry@sendimahir.com
Marketing : marketing@sendimahir.com