Latest News In SMSB
Corporate Intergrity System Malaysia (CISM)
Sorotan gambar sekitar Majlis Pelancaran Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) yang telah berlangsung pada 14 September 2022 bertempat di Auditorium IIM.
Majlis Pelancaran Modul CISM ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Akhbar Satar, Ahli Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia (IIM) serta dihadiri oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, IIM dan YBrs. PKPj Kamarulzaman Ahmad, wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada majlis ini, turut diadakan Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan kepada 10 syarikat yang telah berjaya melengkapkan kesemua inisiatif CISM. Antara yang terlibat termasuklah Indah Water Konsortium Sdn Bhd; AIA Shared Services Sdn Bhd; Malaysia Debt Ventures Berhad; Steel Hawk Engineering Sdn Bhd; MBSB Bank Berhad; Sendi Mahir Sdn Bhd; Malaysia Building Society Berhad; FWD Takaful Berhad; Tech Food Ingredients Sdn Bhd; dan Sime Darby Plantation Berhad.
Seramai lebih 150 peserta yang terdiri daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta agensi sektor awam dan swasta juga turut hadir ke majlis pelancaran tersebut. Maklumat lanjut berkenaan modul ini boleh diakses menerusi laman sesawang www.integriti.my.
CERTIFICATE FORMAT UPDATED
In accordance with the requirement of MS ISO/IEC 17025:2017 Clause 7.8.4.1c) a calibration certificate shall include a statement identifying how the measurement results are metrologically traceable.
![]() |
![]() |
BENCANA BANJIR- PENUTUP TAHUN 2021
Hujan yang berpanjangan bermula daripada 18hb December telah menyebabkan berlaku bencana banjir di beberapa kawasan terutamanya di Lembah Klang & Shah Alam yang telah meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut. Beberapa orang pekerja SMSB juga tidak terkecuali daripada musibah yang melanda ini.
Pihak Pengurusan turut bersimpati dan prihatin terhadap mereka yang terkesan , kesedihan ini turut dirasai oleh pihak cawangan anak syarikat di Pulau Pinang (Procal Services Sdn Bhd dan Johor (Setianas Sdn Bhd).
Sehubungan itu, pihak pengurusan telah menyediakan peruntukan sumbangan sebanyak RM12,000, dan sebanyak RM4000 masing-masing daripada cawangan anak syarikat Procal Services Sdn Bhd dan Setianas Sdn Bhd untuk memastikan kelangsungan pekerja yang terjejas akibat bencana banjir.
Seramai 6 orang pekerja iaitu Zaid (Logistic); Sutha (Marketing) ; Norasikin (Acc dept); Shuhada (Force); Nazrah (QA); dan Firdaus (Site) menerima sumbangan RM2000 setiap seorang daripada pihak pengurusan. Manakala seramai 8 orang pekerja menerima sumbangan RM1000 setiap seorang daripada cawangan anak syarikat, Suhaila (QA); Zuraidah (Marketing); Juliani (Marketing); Hana (Marketing) ; Pugal (Logistik) ; Mohana (DV); Fatin (Temperature) dan Alias (Force).
Cheer Club (wakil pekerja ) juga telah membuat pungutan derma di kalangan pekerja SMSB, dan telah menerima sumbangan sebanyak RM1515 yang telah diagihkan sama rata kepada semua mangsa yang terlibat.
Dengan bantuan yang diberikan, semoga dapat meringankan sedikit sebanyak beban mangsa banjir serta akan terus tabah menghadapi dugaan ini. Apatah lagi bencana ini berlaku disaat kita masih bergelut dengan ancaman Covid-19 yang masih belum reda.
Diharapkan tahun 2022 akan memberikan sinar baharu pada kita semua.
